Monday, August 26, 2013

Misi

Aku baru balik dari tapak semaian...berjaya jugak siapkan 120 polybag. Penat tu memang penat, lenguh2 jugak satu badan, tapi yang penting puas hati. Aku tak expect projek ni dapat siap dalam jangka masa ditetapkan, tapi at least aku akan wat yang terbaik. Yang peliknya, proposal aku tak start pun lagi...framework pun belum sentuh...tapi projek dah jalan. Sama kes bak kata pepatah, pahat belum beli, tapi rumah dah siap (pepatah sendiri).

Kenapa aku buang tebiat taip dalam bahasa melayu pulak ni? Dah nak sampai ajal ke apa? Mintak simpang. Sebabnya semalam aku ada terjumpa dan terbaca satu blog sorang jururawat...bahasa melayu dia lembut dan lancar. Rasa tenang bila baca luahan tulisan dia. Semua orang memang dilahirkan untuk jadi penulis, tapi cuma sesetengah orang je yang memang dilahirkan untuk jadi penulis yang baik. Aku pernah mentioned dulu, bahasa melayu ni bahasa yang paling cantik di dunia. Kalau sorang tu betul2 pandai susun, rangkaikan dan luahkan kata2 dia dalam bahasa melayu dgn baik, orang yang tengah marah pun boleh jadi lembut hati bila dengar atau baca.

Dulu aku pernah dipaksa hantar artikel untuk masuk satu pertandingan...aku buat last minit masa malam sebelum deadline tu. Idea plak cuma dapat bila aku nak naik tangga untuk ke kelas prep...masa tu aku ternampak satu kapel tengah berbual bawah tangga. Aku tulis pasal diorang...tapi ada tokok-tambah sikit2 nak sedapkan jalan cerita. Bila result umum, cerpen tu dapat nombor dua. Aku pun tak sangka jugak. Then ada satu karangan bahasa melayu aku untuk exam peringkat SPM yang kuar majalah sekolah. Aku tak ingat kenapa dan macam mana tapi aku dilantik jadi AJK bahasa melayu...sebelum tu aku tak pernah join mana2 persatuan atau kelab. Masa tu persatuan bahasa melayu persatuan yang paling besar kat sekolah. Tapi aku tak buat kerja sangat pun...pergi meeting pun cuma nak cukup syarat. Dah sapa suruh lantik aku. Dah tau aku memang liat berpersatuan.

Ada sekali masa tu aku tengah tension, aku taip dan share problem aku kat satu forum internet. Posting tu jadi top post seminggu, walaupun aku tak reply apa2. Sampai aku pun hairan. Moderator situ tanya aku amik degree bahasa melayu ke? Dia invite aku untuk tulis lagi. Takda masa aku nak tulis lagi...aku tulis situ sebab tension, bukan sebab nak naikkan rating. Sorang lagi reply suruh aku tukar tajuk, baru sedap jadi cerpen. Aku bukan tulis cerpen la cik gayah...aku tulis masalah aku supaya korang boleh bagi pendapat. Stress betul. Aku nak release tension, tapi lagi tension jadinya. Start hari tu aku dah jarang masuk forum tu. Masa ni aku mula dapat tahu sikit2 rupanya aku boleh menulis jugak rupanya. Tapi tak la ke tahap A Samad Said. Tu dah creepy sangat dah aku rasa. Setakat kita tulis dan orang dapat faham, tu dah cukup baik. Sebab aku tak banyak bercakap, aku lagi suka membaca. Sampai hari ni aku tak tau sama ada aku tak suka bercakap sebab suka membaca ataupun aku suka membaca sebab tak suka bercakap. Selalu bila bercakap, akan ada gap...sebab kadang2 aku tak dapat cari perkataan yang aku nak cakap. Lost in conversation. Sebab tu aku prefer menulis.

Satu hari tu, aku selak2 sijil2 lama ayah kat rumah. Ayah dulu sama macam aku...sekolah di sek keb Tunjang. Sekolah kampung. Cuma sekolah menengah tak sama. Dalam sijil berhenti sekolah ayah, ada tercatat "berkemahiran mengarang dan baik dalam sejarah". Baru aku faham, rupanya ada sebab kenapa aku menulis dan minat sejarah. Bila Tun Dr Mahathir umum nak tukar bahasa pengantar dari bahasa melayu ke bahasa inggeris, masa tu aku terus berhenti tulis dalam bahasa melayu. Aku guna bahasa inggeris sepenuhnya dalam penulisan, tapi bahasa melayu still maintain sebagai bahasa perbualan. Benda ni aku amal sampai hari ni...dah nak dekat sepuluh tahun. Sebab aku bukan orang pandai...kalau aku pandai, lain la. Boleh switch bahasa sesuka hati. Di Penang, aku takda duit nak beli suratkhabar tiap2 hari. internet apatah lagi...laptop pun aku takda. Jadi apa yang aku buat? Aku amik akhbar TheSun yang free tu tiap2 pagi kat 7-11. Kalau tak sempat habis baca, aku bawak pergi tempat kerja. Pastu di Hamna, jiran sebelah rumah aku suka kumpul paper2 lama. Aku kutip paper2 lama tu (TheStar) untuk baca dalam rumah. Kadang2 paper tu dah 3,4 tahun lepas tapi aku still kutip untuk baca. Aku pergi library bayan baru tiap2 pagi kalau kerja petang dgn hujung minggu. Kalau tak ke situ, aku ke Borders. Aku habis baca semua buku yang ada di library tu. Borders plak, biasanya aku lepak sana sampai kedai tu tutup. Aku tak ingat dah berapa banyak buku aku habis baca kat situ...tapi yang penting aku tak perlu kuar duit untuk enjoy buku2 dalam tu. Sebab Borders mmg sediakan tempat untuk membaca free.

Point aku untuk post ni? Bukan tadi aku cerita pasal jururawat ke?

Aku quote kat bawah ni petikan ayat jururawat tu yang aku suka.

"salam..rindu betul aku pada laptop ni nak menaip berkongsi cerita.kalau dulu aku tulis diari n tersenyum sendiri bila aku baca balik,mcm tu la gak perasaan aku bila dapat menaip blog..cuma bezanya blog ni sesiapa pun boleh baca luahan hati aku..bkn utk menunjuk2 tapi sekadar berkongsi bersama.aku tak pernah suruh kawan-kawan follow blog aku semata-mata nak naikkan traffic blog sbb aku lebih selesa org yg tak kenal aku tahu luahan hati aku dan aku tak kisah pun org tak baca blog aku sbb aku cuma nak hiburkan hati aku sendiri bila aku dapat baca semula apa yg aku taip..." - puanmisi.blogspot.com (copied without permission)


Aku rasa dia sefikiran dgn aku...aku buat Pancasara dulu atas sebab yang sama. Nak share experience, nak inspire people....sebolehnya audience yang aku nak ialah orang yang aku tak kenal. Dan aku pun taknak orang kenal aku. Thank you puan misi...for your message, for your humility, and for your beautiful writing. Yang penting, aku kena kuat usaha.  Dia dah berjaya jadi misi, aku pulak masih ada misi yang belum berjaya. Terus berjuang, Pancasara!