Monday, October 22, 2007

Suatu Ahad...

Tadi aku tido dari pagi sampai ke tengah malam. Lepak dengan Fazri sampai 10 pagi...kemudian tak sedar diri sampai pukul 12 tgh malam. Gila betul. Nasib baik aku tak lupa daratan terus. Tak sempat nak tengok Dr SMS mendarat pulang di bumi. Mungkin takda rezeki.

Aku, fazri dan Sabri rancang nak ke KL lepas exam. Seumur hidup aku yang masih mentah ni, belum pernah aku naik pesawat. Sebab tu rasa tak sabar. Orang TV3 hari tu sebut teruja...lebih kurang macam tindak balas atom-atom bila dalam keadaan aktif. Bila aktif, dia teruja...pastu menjauhi satu sama lain. Bila dah makin jauh, mesti makin berjarak...tak bertegur sapa sesama sendiri...tak baik macam tu. Tuhan marah.

Kenal Fazri dan Sabri merupakan satu anugerah dalam hidup aku. Banyak benda aku belajar dari dua orang nih...mengenai pengorbanan, setiakawan dan kehidupan. Yang lain belum abis beraya lagi...Fisal plak dah balik Kelantan, sabar jelah. Ntah sapa yang boleh celen Fifa dengan aku lagi pasni. Aku dah mencapai tahap tak terkalah sekarang ni.

Aku ada bukak friendster...dan terbaca link blog Aziah a.k.a Jenab. Dia sekelas dengan aku masa sekolah menengah dulu...walaupun aku kurang ingat pernah berbual atau tak dengan dia. Dia baru buat blog baru...dan aku yang banyak masa terbuang ni terus melawat page dia.

Yang dapat aku perhatikan, dia dah jadik Islamic-type lady. Aku bukan anti-Islamic, tapi aku kurang suka sangat dengan orang yang bertudung labuh. Seakan ada anggapan dalam diri aku yang group ni eksyen jek lebih. Bagi kes Aziah ni, mmg aku dah kenal dia lama...jadi tak jadik hal sangat.

Bagi aku, apa yang penting ialah hati dia, bukan apa yang dia kelihatan. Aku cukup tak suka puak-puak super-Islamik yang ke hulu ke hilir suruh orang buat itu ini. Boleh kalau sekadar bagi nasihat, tapi jangan merendahkan orang lain.

Kita boleh hantar orang ke akademi David Beckham, tapi susah nak tukar dia jadik David Beckham kedua. Kalau ada tabligh ketuk pintu bilik aku, memang aku buat bodoh jek. Dah la sekor pak arab kat tempat aku ni seorang gay yang beriman. Seram betul. Mintak dijauhkan...

Ada ramai di kalangan kawan aku, walaupun penampilan kurang, tapi memiliki hati yang betul-betul baik. Bak kata omputih, jangan hakimkan buku dari muka depan dia. Kalau dari muka belakang lagi la takble. Tengok dari isinya. Kalau nak jadik hakim lak, kena la baca buku. Kalau tak, jangan harap la ble jadik hakim. Nak jadik macam Mohd Hakimi Yusof bin Abu Bakar pon kena baca buku jugak. Ingat senang ke nak jadik stylo mcm tu. Nak jadik Nasrul Hakim pun takpa...janji hepy.

Matahari dah nak terbit...setakat ni dulu kot...banyak dah aku mengarot...salam.