Friday, July 4, 2008

Multiple Literal Meaning

Lebih kurang dua bulan lepas, suatu peristiwa bersejarah berlaku dalam lipatan kehidupan aku yang berbucu dan bersegi-segi.

Aku ditegur dan dimintak nombor telefon oleh sorang insan bertudung labuh!

Walaupun sudah alah bisa tegal biasa ditekel oleh aweks muka tebal yang terpikat dengan aura tarikan peribadi aku yang terpancar terang, tapi pengalaman ditegur aweks bertudung labuh merupakan yang pertama kali.

Apa tidaknya, awek bertudung labuh yang aku tahu rata-ratanya hanya pandai menyerang pasangan lelaki perempuan yang hanya berbual kosong dengan bertanyakan soalan-soalan bertaraf dungu seperti " apa yang membuatkan abang tertarik dengan kakak ? " dan " rasa-rasanya bila abang dengan kakak nak kawin ? ". Ini merupakan suatu yang baru dan menampakkan tanda-tanda progresif.

Belum termasuk yang aku kenal di blog-blog. Sorang daripadanya menyatakan sokongan terbuka kepada DAP...parti bapok cina yang terang-terangan anti orang Melayu dan anti negara Islam. Lagi sorang pulak menulis dengan penuh bersemangat seruan membeli dan menyokong produk Amerika sebagai ”forbidden” (haram).

Tapi bila aku persoal kalau guna produk Amerika haram, kenapa tulis dengan Microsoft Office Word, start komputer guna Windows boleh pulak? Keluaran Amerika jugak tu.

Jawapan yang aku dapat?
"Saya dah malas. Ilmu saya setakat tu saja"

Boleh pulak malas. Kalau dah faham ilmu cuma setakat tu, cubalah luaskan pembacaan. Jangan hanya baca apa yang kita nak baca, dengar apa yang kita nak dengar.

Tapi insan yang mintak nombor telefon aku tu ada niat yang terselindung. Beliau merupakan aktivis MLM.

Umum mengetahui MLM adalah singkatan ”Multi Level Marketing”. Tapi tak ramai yang tau makna sebenar di sebalik MLM.

Apa itu MLM?

Meniaga Lapisan Masyarakat
Pengertian MLM dalam bahasa Melayu. Konsep yang termaktub dalam MLM dan salasilahnya adalah bersandarkan perniagaan berlapis-lapis. Lagi banyak lapis lagi kaya. Tambah-tambah lapis yang beranting-ranting simpang-siur kiri kanan tu. Yang kat pucuk tu boleh saing Bill Gates dengar ceritanya.

Menipu Lapisan Masyarakat
Juga makna lain MLM dalam pengertian bahasa Melayu. Dengan janji-janji segera dan manis tahap pop-korn, dah berapa ramai yang telah hampa dengan kekelatan hasil akhir MLM? Dari pandangan aku, hampir separuh yang terlibat dengan MLM hanya separuh jalan...separuh jalan yang kemudiannya terus terbiar tanpa aktif.

Multiple Level Manipulation
Yang kaya cuma mereka yang bernaung kat atas. Yang bawah-bawah yang baru nak bertapak ni? Jadi tiang seri penyokong manipulasi pihak atas. Masing-masing saling mempergunakan dan dipergunakan. Dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Manipulasi Lapisan Masyarakat.

Meniaga Larut Malam
Berapa ramai yang saban malam bertunggul kat kedai mamak menerangkan pada ahli-ahli baru cara segera menjadi jutawan? Modal hanya secangkir kopi atau teh tarik. Parking kereta sport sebelah kedai, bagi nampak bergaya sikit. Pakai Kot supaya terserlah imej korporat. Makan jangan risau, depa support semua sekali. Di USM, yang terpengaruh rata-ratanya perempuan...pukul 3,4 pagi pun belum terpanggil nak balik bilik...

Menguntungkan Lagi Mengujakan
Sebulan boleh masuk poket puluh-puluh ribu. Jual dadah pon tak boleh dapat banyak tu. Sebab ramai yang teruja nak cuba berjinak-jinak...mana tau boleh bayar ’cash’ Porsche sebijik. Sebab tu ada yang sanggup berhenti belajar...nak tumpu sepenuh masa buat MLM katanya.

Mengarot Lagi Melalaikan
Ingat senang-senang ke boleh naik taraf jadi jutawan? Duit bukan macam hujan, boleh turun mencurah-curah, tahan pakai besen plastik boleh kutip ribu raban. Tiap-tiap malam berhimpun kat kedai mamak, aku nak cari ketenangan tengok bola pon susah.

Secara peribadi, aku lebih pentingkan nilai ilmu yang boleh disampaikan oleh seseorang berbanding nilai wang yang berkampung dalam poketnya. Ilmu tak dapat diskalakan dengan wang ringgit. Biarpun seorang individu berilmu hanya berpendapatan sederhana, ilmu yang dimiliki meletakkan beliau di taraf yang berlainan berbanding orang lain.

Library of knowledge is far more important than a library of money. MLM, yang mengandungi Multiple Literal Meaning seperti yang telah dijelaskan, hanyalah bagi golongan yang hendak kaya secara segera dan juga kalangan yang terdesak. Walaupun kita perlu bersimpati pada kelompok kedua yang terdesak ini, namun mereka perlu sentiasa diingatkan akan janji-janji kosong yang senantiasa ditaburkan oleh perayu-perayu MLM.

Janji-janji kosong hanyalah akan membuahkan hasil-hasil yang juga kosong. Aku masuk MLM? Terima kasih sajalah...