Wednesday, December 24, 2014

Andai Kering Selat Melaka...

...baru dikau kan kulupa.

Itulah lebih kurang ayat perpisahan dari Ketua Pengarah tempat aku menabur bakti ni yang bakal bersara.

Aku tak berapa kenal Prof Habibah, tak pernah bercakap pun. Jumpa pun cuma dalam mesyuarat tertinggi ataupun seminar. Tapi dari cakap-cakap orang, ramai yang tak berapa berkenan dengan beliau.

Sebabnya? Sebab memang perangai orang-orang kita macam tu. Suka sangat untuk tak suka dengan orang lain. Tambah kalau orang lain tu ada kedudukan sikit. Mula la tak senang duduk. Rasa nak cakap buruk pasal orang tu membuak-buak tak dapat ditahan. Rasa berdosa kalau tak buat dosa mengata orang. Aku sendiri tak faham ayat apa aku tengah guna ni.

Semalam, aku keluar berpesta. Pesta Penang. Ada Amzar, Syafiq, Rin, Nora, Fasih. Kitorang makan kat satu kedai siam sebelah rumah Acheh dalam tapak pesta tu. Makcik-makcik siam yang jual nasi tu boleh pulak cakap siam masa berjual-beli. Aku tau sikit-sikit ayat siam sebab rumah aku memang dekat dengan sempadan. Nasib baik sedap jugak. Kalau tak, sia-sia aku keluar ayat-ayat siam aku yang haru-biru tu.

Masa makan tu, si Fasih tiba-tiba panggil aku "abang". Sipi-sipi lagi rasa nak tercekik tulang ayam siam yang aku tengah makan. Tapi aku sempat control cool. Dia saja je nak kenakan aku sebab selama ni dia yang paling tua. Tapi skang aku dah ambil-alih gelaran tu. Jangan wat macam tu lagi Fasih. Aku yang berkeperibadian konservatif ni rasa tak selesa. Aku memang suka gelabah tanpa sebab yang khusus. Tapi aku masih setia pada yang satu. Walaupun aku sendiri tak pasti siapa dia yang satu tu.

Pastu diorang pakat-pakat main bumper car. Aku dengan Fasih tunggu luar jadi pemerhati bebas. Lepas langgar sana sini lebih kurang, abis. Ntah hapa2 punya game. Membazir wang ringgit je. Amzar jadi penembak tepat plak lepas tu dalam area fun-fair...menang angry bird kecik. Pastu kitorang naik Ferris Wheel. Fasih rupanya takut tinggi...bila kat atas je dia terus tutup muka. Seronok aku tengok dia masa tu...sebab aku memang suka tengok orang tengah takut. Lepas pusing-pusing lebih kurang, kitorang turun.

Apa tujuan aku tulis entry yang takda arah tujuan dan motif ni?

Sebabnya, aku cuba revive balik cara penulisan aku yang dulu-dulu untuk entry ni. Aku tengah bereksperimentasi dengan variasi cara penulisan untuk hilangkan stress. Entry ni ditulis berdasarkan cara penulisan aku sepuluh tahun lepas berunsurkan situasi semasa. Rasanya aku dah berjaya. Maknanya aku masih lagi boleh jadi diri aku sepuluh tahun lepas, walaupun jangka masa tu dah lama. Tapi kali ni je. Lepas ni aku akan tulis guna gaya semasa. Tu pun kalau aku ada masa nak menulis.

Kesimpulannya?

Aku yang dulu masih ada dalam diri aku yang sekarang. Ada sesetengah benda yang berubah. Tapi ada sesetengah benda, takkan pernah berubah.

Meminjam kata-kata terakhir Ketua Pengarah (tanpa izin, dan dengan editan)

Buah jering buah petola,
Buah terap buah getah,
Biar kering selat Melaka,
Aku tetap takkan berubah.

Sekian.