Tuesday, January 8, 2008

Pusaka Sekolah Kebangsaan Tunjang

Dah masuk 2008...maknanya dah lebih 10 tahun tinggalkan zaman sekolah rendah dulu. Tapi rasa macam baru semalam...banyak kenangan2 masa zaman tu masih bermain di ingatan. Terus terang, zaman sekolah rendah lebih memberi makna dalam kamus hidup aku...mengatasi kenangan zaman sekolah menengah.

Yang paling kuat di ingatan, semestinya 6 Berlian. Blok darjah masa tu di bangunan paling belakang...sebelah rumah (pondok?) yang dah nak roboh bekas kediaman guru yang dah tak dipakai. Kemudiannya diguna untuk sesi kaunseling...ada pernah sekali cuba sesi tu...masa tu dikendalikan cikgu kemahiran hidup. Boleh pilih sama ada secara solo atau berkumpulan...aku pilih berkumpulan. Yang ingat ada Najib, Mukhrish, Azimie, dengan Cik Wan Had sekali dalam kumpulan tu.

Aku dipilih jadik ketua kelas (majoriti lagi...hua hua) tapi tak lama la...dalam dua minggu jek kot...sebelum ditukar oleh cikgu Aliyah. Sebabnya? bukannya kerana aku kurang hensem, tapi masa tu perlukan seorang yang boleh kawal satu kelas. Senang cita, aku agak lembut...bukan awww macam bapok haram jadah tu, tapi dalam ertikata kurang tegas. Cikgu nak ketua kelas yang lebih brutal...tapi tak la brutal sangat...nanti bergusti plak satu kelas. Jadi ketua kelas yang baru pon dilantik. Tapi aku tak protes...tak dak buat mogok lapar apa pon...cool jek. Mmg aku pon tak berapa suka jadik ketua.

Kelas 6 Berlian memang harmoni...ada dalam 40 murid kot dalam tu. Ni kelas harapan cikgu-cikgu untuk UPSR...tambah plak tahun sebelum tu, batch Rohaizad 9 (Jat) 14 orang skor 4A. Aku kebetulan jumpa balik Jat awal sem lepas...dia hantar adik dia kat USM. Dia dah jadik pensyarah la ni.

Antara yang menonjol waktu tu...Mukhrish, Najib, Khairul Selamat, Riduan Had, Busra, Halimah, Sabariah, Azimie, Khadijah, Pion, Fazilah, Amrin Amira, Riduan Ramli, Paderin panjang, Hafifie, Rohimie, Fazrin, Alfie Azizie, Faezah, Alina Ahmad, Azlina Umar, Ashraf, Hazwani, Zahid (sepupu aku) ngan sorang pendatang baru tu...Farid kot nama dia. Tu jek yang dapat aku ingat.

Cikgu Aliyah bawak kelas tu dari darjah 4...sistem sekolah masa tu nakkan cikgu bawak satu2 kelas sampai UPSR. Cikgu Aliyah ajar Sains ngan BM kalau tak silap...Matematik cikgu Mat Desa pegang, bahasa Inggeris ada sorang cikgu yang pakai spek mengajar...cara dia pelik sket. Dari 'cardboard' , dia tulis banyak perkataan...pastu kami disuruh hafal. Tapi terus-terang, mmg berkesan untuk tambah vocabulary aku yang gawat masa tu. Timakasih cikgu.

Nak kata aku study hard masa UPSR dulu, tak jugak...aku selamba jek. Cuma mungkin tabiat aku yang suka membaca, aku tau lebih banyak benda berbanding kawan sebaya aku. Ada sekali, aku bagitau kawan, otak kanan akan kawal pergerakan anggota kiri badan kita. Tau apa reaksi yang aku dapat? Digelakkan dengan jayanya. Terutama Busra...suka betul dia, ntah kenapa. Sampai dia ulang2 benda tu pada Halimah. Tapi aku cool jek...maintain macam biasa...mungkin skang depa dah tau apa yang aku cakap tu betul...

Masa darjah 4, ada eksperimen untuk keringkan daun. Aku pon kutip daun2 dekat rumah, pastu masukkan dalam buku Matematik. Tapi ntah kenapa, eksperimen tu dilupakan macam tu jek. Tapi aku tetap simpan daun2 tu sampai darjah enam...sampai kering kerumat daun tu.

Ada sekali masa tahun enam, masa tu kelas agama...aku beratur nak bagi ustazah tanda buku. Masa tengah beratur, aku rasa malu tiba2...dan aku spontan berlakon buat2 kaki cramp. Macam orang tak cukup akal pon ada waktu tu kalau ingat balik. Dah menyusahkan cikgu Mat Desa nak kena hantar aku balik rumah. Dia hantar naik Kriss dia hari tu.

Budak yang paling genius Matematik masa tu tak lain tak bukan si Khairul Selamat. Ntah kismis apa dia makan sampai advance macam tu. Ada sekali, dia siap betulkan cikgu Mat Desa lagi. Dia baru sampai dari KL...masa mula2 dia sampai, kami berasa tergugat jugak ada budak bandar datang. Tapi lama2, yang masih tergugat cuma depa...sebab aku maintain terbaik dalam kelas. Aku memang hensem. Muahaha

Perkara paling aku fobia masa sekolah rendah, ialah upacara lawatan misi (nurse). Tak abis2 nak cabut gigi budak2. Penah aku lari bila dapat panggilan hormat masuk ke bilik puaka tu...tak sangup aku nak biarkan gigi aku dicabut. Dengar cita sakit...seumur hidup sampai hari ni, belom pernah aku cabut gigi...cuma sekali gigi aku di palam (tampal). Tu la first dan last...tak nak dah aku.

Tak lama dulu, aku cuba masuk balik sekolah ni...tapi kena tahan pak guard. Sekolah ni dah banyak mengajar aku erti kehidupan, erti persahabatan. Khairul Selamat ada mintak aku buat reunion...tapi mungkin belum masanya lagi kot. Tiba masa nanti, teringin nak jelajah balik segenap inci sekolah tu...mengimbas kenangan-kenangan lama yang tak ternilai...

Sekolah Kebangsaan Tunjang, tetap di hati~