Sunday, June 15, 2008

Numero Uno

-Marching Towards Victory-

Here's hoping Spain go all the way towards the final...

...you are numero uno!

Friday, June 13, 2008

Semarak Kayangan - Mr Manager

Macam biasa, aku sampai tempat kerja.
Tajam pada masanya.

Aku "punch-card", terus menghala arah kantin.

Aku minum air suam segelas.
Free, tak payah bayar.

Aku naik atas escalator.
Escalator bawak aku naik tingkat atas.

Permanent merangkap Bos aku sedia menunggu.

"Mi aaa....."

Mesti ada apa-apa.

"U bukak mulut banyak-banyak sikit hari ni.
Jangan simpan emas dalam
"

Ada apa?

"U punya Manager mau datang lagi sekejap"

Alamak.

Kalau ikut hierarki,
Manager ada di kedudukan teratas.

Manager

Supervisor

Rotate

Permanent

Aku


Aku bukannya risau apa-apa.
Cuma risau kalau-kalau beliau tanya aku,
soalan yang bukan-bukan.

Apa aku nak jawab?

Dalam pemikiran aku, manager mesti pakai smart-smart.
Ada tai, baju lengan panjang.

Kalau bukan apek, mesti amoi punya.

Melayu jadi manager?
Susah sikit nak nampak...

Bukannya Melayu tak mampu jadi Manager.
Tapi amoi mahupun apek lebih berpaksikan duit.

MCA.
Money Conquers All.

DAP.
Duit Aku Punya.

Melayu plak banyak pikir pasal akhirat.
Duniawi mana main.

Dunia Mawi ada la sikit-sikit.
Mawi World katanya.

PAS.
Parti Ahli Syurga.
Memperjuangkan hak-hak ahli syurga semasa di dunia.

UMNO.
Untuk Masuk Neraka Only.
Daftar masuk, tiket neraka diberi percuma oleh PAS.

Sedar tak sedar,
Manager aku dah sampai.

Seorang apek yang tak berapa muda sangat.
Tapi jugak tak tua sangat.

Diiringi dua orang Supervisor.
Yang rupa iras-iras model.

Department aku cuma amik orang yang ada nilai komersil.
Tak hairanlah aku diterima masuk.

Dari pemerhatian aku,
Orang cina dengan Melayu ada beza, banyak beza.
Dari segi persepsi.

Waa manyak rajin aaa wat part-time.
U tarak 'baca' ka hari ni?


Itu orang cina punya fikiran.
'Baca' adalah sebutan pasar untuk "kuliah".

Ni mesti malas belajar.
Tak pon bodoh SPM.
Sebab tu kena wat part-time.


Yang ni plak tak lain tak bukan.
Melayu punya pemikiran.

Ni suma DEB punya pasal!
Kalau tak aaa...kita suma sudah manyak kaya!
Tak payah part-time.

Malaysian Malaysia!

Itu cina sesat DAP punya pemikiran.

Bisnes lingkup salah DEB.
Judi siang malam abis duit, salah DEB.
Anak jatuh basikal tepi jalan pun salah DEB.

Sedar tak sedar,
Manager menghampiri aku.

"U nama apa?"

Mie.

"Nama apa?"

Mie.

"Dah lama keja?"

"Cong ceng Gong Xi Fa Cai prong prang prum...."

Ntah dari mana tiba-tiba Permanent aku mencelah.
Apa dia kelentong Manager tu aku pon tak tau.

Dia blah tak lama lepas tu...
lega.............

Tuesday, June 3, 2008

Gaban...?

Aku selak fail-fail lama dalam komputer aku semalam.

Dalam banyak-banyak fail, aku tertarik perhatian pada satu fail.

Aku tak berapa ingat bila aku tulis...tapi kemungkinan besar dua tahun lepas.

Mengenai kisah hidup seorang gaban...


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Pada zaman dahulu kala…tinggal seorang gaban yang hebat. Kehebatan gaban tersebut tiada tolok bandingnya…hatta musuh beliau sekalipun gerun mendengar namanya yang gah itu.

Gaban tidaklah memiliki kerajaan yang luas. Luas lagi tanah kebun milik ayahnya. Senang cita, gaban langsung bukan pekerja kerajaan, apatah lagi nak memiliki kerajaan sendiri.

Beliau masih lagi melanjutkan pelajaran. Cita-citanya ingin menjadi SuperGaban. Saban hari, beliau gigih berusaha untuk memenuhi cita-citanya..walaupun sering terlepas kelas kerana tertido.

Rakan-rakan seperjuangan gaban tidaklah seramai mana…namun hubungan mereka baik dan rapat…seperti rumah terbakar nampak asap, hati terbakar sapa yang tahu. Member-member jek yang tahu.

Namun, krisis mula tercetus apabila seorang teman rapat gaban berpaling tadah. Gaban langsung tidak menduga perkara ini, kerana gaban menaruh sepenuh kepercayaan pada temannya itu. Tu la gaban…dulu orang pesan hang takmau dengaq.

Gaban cuba meneliti kesilapannya sebelum ini…dan gaban menemui beberapa kelemahan.

Gaban mengakui beliau bukanlah gaban yang sempurna. Beliau cuma gaban biasa. Gaban jugak makan nasik kerabu dan gemar sirap macam orang lain.

Namun, yang membuatkan gaban kurang senang, teman beliau seperti berdolak dalik untuk menyatakan kebenaran. Tanpa memohon sebarang geran kerajaan, gaban mula menyelidik sendiri untuk mencari punca sebenar.

Hasilnya cukup mengejutkan. Dunia dirasakan berhenti berputar…sekeliling umpama gelap gelita. Gaban hampir pitam…namun setelah meningkatkan kekuatan dalaman, beliau berjaya mengawal keadaan.

Gaban masih belum dapat menerima kenyataan…namun Ripley’s believe it or not, ia benar-benar berlaku. Tak dapat dinafikan..gaban amat sayangkan temannya itu. Bak sayangnya Orpheous kepada bidadarinya, umpama sayangnya Shah Jehan terhadap permaisurinya.

Gaban tried to seek help from his friend’s best companion…The Great Superzah. Prior to this, they had worked together on many occasions, almost similar to this one.

But unfortunately, Superzah turned out to be completely fool this time around. And oh no, no… God forbid, she brought together her super massive idiot boyfriend to back her up. What a pity, gaban.

You see, it’s always difficult to deal directly with an idiot, let alone this two idiots working together. Two idiots definitely won’t produce a smart partnership..it’s far from possible. It’s totally ridiculous. Gaban scratched his head in disbelief.

Teman gaban telah mengambil keputusan drastik untuk bersama dengan seekor resaksa hijau. Gaban telah melancarkan perang saraf demi memenangi hati dan pemikiran temannya, namun usahanya gagal dengan jayanya.

Banyak lagi makhluk lain…kenapa resaksa hijau itu yg menjadi pilihan? Bunny & friends pun okey hapa. Tu menatang ayam kuning sesame street pun ble tahan jugak. Kamen Rider Black pun still available, tu tak amik kira Keluang Man lagi.

But Gaban is certainly not a quitter. He seeks another alternative… to bring back all the good memories between them. So they spend the whole evening together, reminiscing about the past.

But it ended on a sour note, with both of them exchanging “words”.

Gaban was branded as a “whining little child”, while Gaban claimed her to be a “moron in disguise” and “angel’s face with devil’s heart”. Superzah’s boyfriend entered the frame later on, much to the disgust of gaban. Gaban lashed out at him, calling him as “useless cretin who only shows off in front of girls”.

They went back, and superzah’s boyfriend spread bad words about gaban in front of superzah’s parents. That was to be expected from a stupid asshole narrow-minded fella like him. Likewise, gaban kept all this things to himself; he remains tightlipped even to his close confidante.

Perang dunia mini ini berlarutan agak lama…larutan garam sekalipon akan tepu jika dibiarkan lama, inikan pula larutan perasaan. Superzah menamatkan drama swastanya yang memalukan itu dengan menukar no telefon, langkah sama yang diambil oleh teman rapat gaban tadi.

Sebelum itu, beliau sempat memberi amaran kepada gaban untuk memanjangkan kes tersebut ke hadapan tuan hakim, jika gaban masih terus mengganggunya. Har har har…ketawa gaban bersama teman-teman seiring di kedai Pak Hassan. Sungguh lucu amaran tersebut…ibarat menonton lelucon senario di kaca tv pada hujung minggu.

Tidak lama kemudian…mereka langsung terputus hubungan. Siapa kan sangka hubungan yang erat sebelum ini bakal berakhir sebegini rupa…kita hanya boleh merancang. Walaupun segalanya berakhir pincang. Gaban meniti hari-hari yang mendatang dengan kekecewaan…beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi…

Semoga berjaya, Gaban…


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Kisah gaban benar-benar berlaku dua tahun lepas.

Setelah dua tahun, dari satu segi, gaban telah banyak berubah...
...tetapi dari satu segi yang lain, gaban langsung tidak berubah.

Yang pasti, semangat gaban masih tinggi.
Dan gaban akan terus berusaha mencapai cita-citanya ~

Wednesday, May 28, 2008

Kemelut Pulau Pisang...

Setelah berakhirnya saga Pulau Batu Putih, kini timbul pula kemelut Pulau Pisang.

Pulau yang berkeluasan 178.4 hektar tersebut menimbulkan cetusan persoalan berhubung kewujudan rumah api yang diuruskan oleh pihak Singapura.

Rakyat Malaysia pastinya tidak mahu peristiwa "pisang berbuah dua kali" menjadi "pulau terlepas dua kali".

Agak melegakan kala Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengeluarkan kenyataan "Pulau Pisang itu berada di dalam daftar kerajaan dan ia adalah milik kerajaan negeri Johor. Keperluan rumah api itu adalah sekadar untuk laluan perkapalan, syarat itu hendaklah dipatuhi"

Itu cerita Pulau Pisang di selatan. Lain pula kisahnya di utara.

Aku membesar di sebuah kampung di pedalaman Kedah...letaknya dalam daerah Kubang Pasu.

Sejarah Kubang Pasu agak panjang dan memukau...dan hampir keseluruhannya berkisar pada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah.

Sultan Ahmad Tajuddin merupakan seorang yang bijaksana. Baginda enggan menurut telunjuk Rama II yang memerintahkan baginda menyerang Perak, kerana baginda sedar tujuan sebenar di sebalik perintah tersebut - untuk melemahkan Kedah dan Perak supaya Siam dapat secara langsung menakluk dan memerintah kedua-dua kerajaan tersebut.

Baginda kemudiannya menolak jemputan Raja Siam untuk kunjungan hormat ke Bangkok...kerana risau kemungkinan dibunuh.

Raja Siam bertindak balas dengan menghantar bala tentera yang besar ke Kuala Kedah. Baginda berundur ke Seberang Prai...dengan menabur kepingan syiling di sepanjang perjalanan untuk melengahkan pengejarnya.

Baginda belayar ke Pulau Pinang dan mendapat perlindungan dari Gabenor (British) Pulau Pinang.

Siam kemudiannya memecahkan Kedah kepada 4 kawasan, Kedah, Perlis, Setul (Satun) dan Kubang Pasu. Kubang Pasu diserahkan kembali pada Kedah beberapa tahun kemudian...manakala Perlis kekal sebagai negeri berasingan dan Setul kini berada di bawah Thailand.

Sultan Ahmad Tajuddin diabadikan namanya pada sebuah sekolah elit di bandar Jitra...iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, bekas sekolah rakan aku si Bagak dan si Amal Bukhari Saleh.

Putera sulung Sultan Ahmad Tajuddin, Raja Zainal Rashid (juga dikenali sebagai Tengku Daei dan Tunku Anom), yang bertanggungjawab berunding dengan Raja Siam mengenai pemulangan takhta kerajaan Kedah kepada ayahandanya, telah dimakamkan di Kubang Pasu.

Baginda dimakamkan di sebuah kampung yang dinamakan Pulau Pisang.

Itulah kampung tempat aku membesar dan belajar mengenal erti kehidupan.

Makam Tunku Anom letaknya hanya beberapa meter di belakang rumah lama aku (yang kini telah dirobohkan, kerana aku berpindah ke rumah baru di belakang rumah Tok aku di hujung kampung).

Pulau Pisang ini juga tak terlepas dari kemelut tersendiri.

Petikan dari Utusan Malaysia -

KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Terengganu menjadi negeri yang pertama di Malaysia mengeluarkan fatwa bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ahli jemaah syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. dan gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

Di KOTA BHARU, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sememangnya menyokong tindakan tegas kerajaan ke atas individu yang berusaha menghidupkan kembali Al-Arqam termasuk yang berselindung di sebalik perniagaan.

Walaupun Nik Aziz secara peribadi mengakui tidak mengetahui pergerakan Al-Arqam dengan terperinci, namun dari segi luaran, khususnya pakaian pengikut ajaran itu, beliau sudah boleh menilai sama ada mereka terpesong atau tidak. Katanya, Islam tidak pernah menetapkan pakaian seragam hingga perlu berjubah dan berserban.

"Islam tidak pernah ajar seperti itu. Nak pakai apa pun pakailah, nak berserban macam saya ke, nak pakai cara Melayu ke, Benggali ke, asalkan tutup aurat. Sebab itu saya kata Arqam ke, Rufaqa’ ke, sesat.

"Sesat ini pun macam-macam, yang berfahaman nasionalis, memisahkan agama dengan politik juga sesat. Eloklah sama-sama bertaubat,” katanya.

Di ALOR STAR, kerajaan negeri Kedah dilaporkan sedang mengawasi dua buah perkampungan di negeri ini yang disyaki menjadi pusat mewujudkan semula kegiatan Al- Arqam.
Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dua perkampungan terbabit terletak di Pulau Pisang di Kubang Pasu dan Merbok, Kuala Muda.

"Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKN), Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan polis sentiasa memantau perkembangan kedua-dua perkampungan ini.

"Kita dapati wujud elemen-elemen seperti kumpulan Al-Arqam dari segi pakaian dan cara hidup,” katanya.

Sementara itu di Sungai Petani, seorang penduduk meminta pihak berkuasa agama memantau aktiviti sekumpulan 100 orang yang sebahagiannya dipercayai orang luar yang cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam di Kampung Bukit Haji Omar, Merbok dekat sini.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah berkata, mereka bergiat aktif dengan berselindung di sebalik kegiatan perniagaan dan menternak ikan menggunakan nama Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd..

Beliau berkata, kegiatan tersebut dikesan sejak setahun lalu dengan kebanyakan ahlinya berasal dari luar kawasan kampung berkenaan.
Abdullah mendakwa perbuatan dan cara ibadah ahli kumpulan tersebut dikhuatiri bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
"Mereka tidak bercampur dengan penduduk tempatan sedangkan surau dan masjid terletak hanya beberapa ratus meter dari tempat itu,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2006&dt=1130&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_05.htm&arc=hive

Di selatan, Pulau Pisang berhadapan dengan ancaman Singapura, tetapi di utara, Pulau Pisang berdepan dengan pengaruh Al-Arqam.

Aku sendiri tak pasti yang mana satu yang lebih merisaukan...

Monday, May 26, 2008

Dari Bukit Kayu Hitam ke Pulau Batu Putih...

Petang Jumaat lepas, aku turun ke bilik TV buat pertama kali sejak menginap di Cahaya Gemilang untuk menonton siaran langsung pengumuman keputusan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura.

Aku mulanya turun pukul 4...tapi kerana ada individu yang menonton Telenovela, terpaksa aku tangguhkan niat...dan hanya kembali turun jam 5.

Dalam fikiran aku, cuma ada satu perkara...ingin mendengar sendiri pengumuman yang dikatakan bakal berpihak pada Malaysia dalam isu berkaitan pulau yang diberitakan hanya seluas separuh padang bola sepak.

Jauh dalam sudut hati aku, aku harap keputusan betul-betul akan memihak bagi pihak Malaysia. Biarlah tanah tumpah darah aku Malaysia yang tersayang ini menganjur dari Bukit Kayu Hitam di utara merentas ke Pulau Batu Putih di selatan.

(Bukit Kayu Hitam dan Pulau Batu Putih seperti saudara kembar yang berjauhan...juga bertentangan arah dan maksud. Satu di utara satu di selatan...juga perkataan Bukit-Pulau, Kayu-Batu, Hitam-Putih)

Jika dua kawasan ini dapat disatukan dibawah peta Malaysia, alangkah baiknya....

Aku tekun mendengar keputusan penghakiman yang dibacakan...walaupun kertas penghakiman kelihatan agak tebal, dan ungkapan Inggeris hakim (Naib Presiden ICJ, Awn Shawkat Al-Khasawneh) yang berkenaan agak pelik dan mengelirukan.

Setelah berlalu satu jam...masih tiada sebarang keputusan muktamad diumumkan.

Aku cukup kagum dengan barisan hakim dan peguam yang hadir dalam dewan sewaktu penghakiman dibacakan. Semuanya kelihatan cergas dan bertenaga walaupun penghakiman lisan berjalan hampir melewati dua jam.

Namun semakin lama, makin jelas bentuk kehakiman yang bakal diumumkan...dan rasa agak kurang senang mula timbul dalam hati aku.

Akhirnya, aku dapat menangkap lafaz (walaupun agak kabur) keputusan berpihak 12-4 kepada Singapura...manakala Pulau Middle Rock adalah milik Malaysia dengan majoriti 15-1.

South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak, bergantung kepada persempadan semula yang bakal dijalankan oleh Malaysia-Singapura.

Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim sejurus kemudian menyatakan keputusan itu adalah merupakan keputusan menang-menang...aku terima pendapat Dr Rais Yatim tersebut memandangkan beliau bukanlah sebarangan orang.

Tetapi jauh di sudut hati, hati rakyat Malaysia mana yang tidak tersentuh kala mendengar sendiri keputusan tersebut secara langsung?

Pulau tersebut pernah bernaung di bawah Kesultanan Melayu Johor...Singapura sendiri satu ketika dahulu adalah sebahagian dari Tanah Melayu.

Pada aku, sebagaimana England (English land) dan juga Thailand (Thai land), Malaysia sepatutnya dinamakan Malayland (ataupun pengekalan istilah Tanah Melayu yang membawa maksud yang sama)

Tapi, itu cerita lain...apa yang berlaku sekarang, kita telah kehilangan kedaulatan terhadap Pulau Batu Putih. Pulau yang satu ketika dahulu pernah bernaung di bawah kawalan dan kedaulatan Malaysia.

Harapnya tiada lagi pulau atau daratan kita yang bakal berpindah milik sebagaimana peristiwa yang melanda Pulau Batu Putih. Biarlah Pulau Batu Putih menjadi sejarah, dan harapnya sejarah yang terakhir...

Friday, April 25, 2008

Suatu Petang-kala di Langkawi...


Masa aku imbas balik gambar-gambar kenangan aku di Langkawi, aku terpandang gambarfoto ni.

Membuatkan aku terimbas kembali suatu petang sebelum senjakala (petang-kala) di Langkawi dua tahun yang lalu...

Aku duduk atas satu kerusi plastik merah yang tersusun di luar CC (Cyber CafĂ©) berhadapan dengan Plaza Langkawi. Cuaca sangat baik hari tu…matahari dengan bebas memancarkan sinar surianya. Angin dengan tenang menyusur lalu sekali-sekala…membawa bersamanya bayu laut yang segar.

Dari kedudukan CC tu, aku dapat lihat ada satu pasangan sedang menuju ke arah aku. Bersama dengan seekor anjing yang kelihatan amat jinak.

Tak berapa lama, pasangan tu dah berdiri di depan aku. Si lelaki hendak menggunakan Internet, meninggalkan si wanita dengan sang anjing di luar kedai.

Anjing tu memang jinak…tak ubah seperti kucing di rumah aku. Tapi aku memang dari kecil lagi amat fobia dengan anjing…bukannya apa, aku malas nak samak. Aku menjarakkan diri dengan anjing tu…dan tindakan aku diperhatikan si wanita tadi.

Sambil menepuk manja belakang badan sang anjing, si wanita tadi menyuruh aku menyentuh sang anjing manja tadi. Merepek! Digigitnya aku nanti cash-cash aku dapat sindrom anjing gila nanti.

Mungkin terkilan dengan kelakuan aku yang sejak dari tadi menjauhkan diri seboleh mungkin dari sang anjing, si wanita tadi mula menggunakan ayat-ayat yang agak kasar.

Menurutnya, sang anjing jinak itu dibeli dari negara Senegal. Tambahnya lagi di Senegal, orang Islam bebas memegang anjing dengan tangan kosong tanpa ada sebarang perasaan takut pada halangan agama.

Aku jelaskan dengan baik, boleh untuk aku sentuh sang anjing jinak tu, asalkan tangan aku kering. Tapi aku sendiri kurang pasti tangan aku betul-betul kering atau tidak. Jadi untuk mengelakkan ketidakpastian, aku tak sentuh anjing tu. Sebab aku malas nak samak.

Tapi si wanita seakan kurang berpuas hati dengan jawapan aku. Dia terus-terusan memperlekehkan Islam…mengatakan orang Islam di Malaysia dan Indonesia amat "tertutup". Bukan saja "tertutup" dari segi pakaian, malah "tertutup" dari segi pemikiran.

Dan ayat terakhir yang diucapkannya…

"...Quran is stupid, you know. I can't understand the reason behind why the need to ban Muslims from touching dog..."

Aku cuma tersenyum sambil mendiamkan diri...

Setelah keadaan agak mereda, aku mula membuka bicara...

"Where are you from, miss?"

"I'm from Ukraine…but my husband came from Spain. We travelled a lot…and we both can speak Spanish…"

Jawabnya dengan suara yang agak tinggi. Baru aku faham, rupanya memang si wanita ni bersuara tinggi, bukannya dia sengaja meninggikan suara.

"I see…I hope to travel around the world too…like you…it's my childhood dream…"

"Go on and see the world for yourself! Don't just stay here doing nothing. How old are you now?"

"I'm almost 21…"

"What? You looked far younger than that. Still studying?"

"Yes…in university…majoring in Physics…"

"How it's going then?"

"It's a tough subject. I have to memorize a lot of formula's… E=mc2 here and there…and I studied Einstein's theory of General Relativity, Heisenberg uncertainty principle and so on…"

"Good"

"But one thing for sure, if I read a big book of Physics, be it Quantum Mechanics, nuclear physics or solid state physics, and come across a formula or concept that I couldn't understand, I never put the blame on the book…it's my own fault for not being able to understand it…"

Ayat terakhir aku menyebabkan si wanita tadi terdiam, dan dia memandang tepat ke arah aku.

Si lelaki keluar dari kedai pada masa yang sama. Aku bersalaman dengan si lelaki, yang sedari awal tadi tidak putus-putus tersenyum. Si lelaki amat berbeza berbanding si wanita…bercakap dengan nada yang amat lembut.

Mereka kemudian berbicara dalam bahasa yang langsung aku tak faham…sambil sekali-sekala si wanita menjeling ke arah aku. Tapi si lelaki cuma tersenyum.

Mereka datang semula sehari kemudian. Dan hari-hari kemudian yang seterusnya. Apa yang dapat aku katakan, kami menjadi kawan baik…bersama-sama Faisal dan Mat Sham yang pada masa itu belum menghilangkan diri.

Ada suatu hari, si lelaki ada suatu kejutan untuk diberitahu pada aku. Aku tertanya-tanya apa kejutan yang nak didedahkannya. Rupanya dia cuma nak beritahu yang Frank Ribery tu Islam…perkara yang dah aku tahu sebelum ni. Tambahnya lagi, Van Persie dan Anelka juga Islam. Aku tak berapa pasti mengenai Van Persie…tapi aku memang tahu Anelka orang Islam.

First Impression aku pada si wanita telah jauh berubah berbanding kali pertama kami berjumpa dulu. Bagi aku, dia seorang yang baik…cuma ke"terus-terangan"nya bila berbicara mengenai Islam mungkin dapat menyinggung perasaan sesetengah orang kita.

Tapi nasib baik dia dah jauh berubah.

Si wanita kerap mengulangi yang aku ni berlainan dari orang lain…apa yang lain aku sendiri pun tak tahu. Aku sama sahaja dengan orang lain. Makan nasi dan minat minum sirap macam orang lain. Selalu ponteng kuliah Dr Sohail secara bebas macam student lain. Repeat paper Dr Haslinda jugak sama macam student lain.

Tahun lepas, aku terserempak dengan si lelaki di pasar malam. Si wanita tengah sarat mengandung, terpaksa tinggal di bot. Aku berharap berjumpa dengan si wanita…dan si lelaki berjanji untuk bawa si wanita esok.

Tapi aku tak sempat jumpa…sebab aku sendiri kalut hendak pulang ke rumah pada hari yang sama. Aku harap dapat jumpa pasangan ni lagi di lain masa…

Tak lupa juga dengan sang anjing jinak tu…sekarang aku dah boleh duduk berhampiran dengan anjing tanpa ada fobia yang mengganggu. Aku dah tak risau kemungkinan kena gigit…walaupun aku masih risau kalau tiba-tiba digeselnya badannya pada aku, jenuh aku nak kena samak…….

Monday, April 21, 2008

Catatan Tunku Abdul Rahman

SEBELUM DAN SELEPAS 13 MEI : Dari Kacamata Tunku

Bahagian 2

Misalnya Pas telah menyebarkan fitnah dengan mengatakan saya seorang Siam, pada hal mereka tahu ayah saya ialah Almarhum Sultan Kedah. Mereka juga menuduh saya beragama Buddha, walhal mereka tahu banyak perkara kebajikan yang telah saya buat untuk agama Islam semenjak lepas Merdeka. Saya bukanlah seorang yang takbur, tetapi saya boleh mendakwa bahawa jasa saya kapada agama Islam adalah setanding dengan yang dibuat oleh mana-mana pemimpin negara Islam yang lain di zaman moden ini.

Dalam kempen pilihan rayanya, Pas telah memburokkan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka telah menyerang peribadi pemimpin UMNO secara kotor yang tidak mungkin sesapa pun tergamak melakukannya. Mereka tahu apa yang mereka katakan mengenai pemimpin UMNO termasu saya sendiri tidaklah benar, tetapi mereka pergi dari kampug ke kampung untuk melancarkan kempen yang bohong dengan tidak menghiraukan apa jua akibatnya atau pun apa yang mereka lakukan itu boleh memarakkan api permusuhan antara kaum. Mereka tidak peduli apa yang akan terjadi asalkan mereka dapat menang kerusi dengan apa jua cara sakalipun.

Saya sendiri telah cuba untuk mendapatkan gambar yang telah ditunjukkan oleh Pas kepada orang ramai di kawasan pilihan raya saya. Gambar itu kononnya menunjukkan saya menggunakan chopstick di satu majlis makan Cina. Dengan secara tipu mereka telah meletakkan satu gambar lain ke atas gambar yang tersebut yang menunjokkan seekor anak babi terhidang di tengah-tengah meja di majlis itu. Saya berani bersumpah bahawa seumor hidup saya, saya tidaklah pernah menghadziri majlis jamuan makan Cina yang ada menghidangkan daging babi, atau pun apa jua makanan lain yang haram bagi orang Islam. Kawan-kawan Cina saya sentiasa menjaga supaya kejadian seperti ini tidak berlaku, kerana mereka sendiri tahu apa yang haram dimakan oleh orang Islam.

Tuduhan yang mengatakan saya bukan Islam adalah satu fitnah yang sangat kotor kerana mereka sendiri tahu bahawa saya telah pergi ke Mekah untok menunaikan fardu haji, dan mereka juga tahu bahawa saya anak kapada seorang yang warak dan lebai. Saya percaya orang-orang yang akan membaca kandungan buku ini akan terperanjat dengan perbuatan sebuah parti politik seperti Pasyang sanggup meletakkan dirinya begitu rendah untuk mencari kemenangan.

Sekalipun saya seorang yang kuat berpegang kapada ajaran Islam, tetapi sebagai Perdana Menteri saya telah menerima banyak jemputan ke majils sosial dan sebagainya, dan telah menikmati makanan Eropah, makanan Cina atau makanan India. Saya telah merasmikan pembukaan tempat-tempat ibadat bagi orang-orang yang beragama lain, dan saya juga telah mengarahkan supaya wang diberi untok membina tempat-tempat ibadat bagi agama-agama lain di Malaysia.

Wang yang diperoleh adalah daripada orang-orang yang berbagai-bagai-bagai agama, dan dengan itu patutlah diberikan juga wang untuk tempat ibadat mereka. Saya masih ingat lagi bagaimana orang-orang daripada pelbagai agama telah menghulurkan derma yang berjumlah berjuta-juta ringgit ketika saya melancarkan derma untok membina Masjid Negara.

Kesemua orang dalam negara telah memberi sumbangan mereka kapada kekayaan negara dan dengan wang ini dapatlah kita membuat bermacam perkara yang memberi manafaat kepada orang Islam, seperti membina masjid, surau dan sekolah agama. Begitu juga untuk mengadakan perayaan agama. Semua perkara ini dilakukan untuk kepentingan agama Islam, agama rasmi kita.

Orang-orang bukan Melayu tidak pernah menimbulkan bangkangan terhadap apa yang telah dibuat dan sedang diusahakan oleh Kerajaan untuk agama Islam. Mereka juga tidak pernah menyoal berapa banyak wang yang telah dikeluarkan untok mengembangkan Islam. Saya berani berkata dengan tegas bahawa Kerajaan Perikatan telah membuat lebih banyak kebajikan untuk Islam daripada yang boleh dibuat oleh Pas, sekalipun dalam negeri pemerintahan mereka sendiri.

Saya telah memberi beberapa contoh di atas mengenai kelakuan khianat yang dilakukan oleh Pas, tetapi masih banyak lagi dakayah bohong dan fitnah yang terlampau kebudak-budakan dan terlalu menyentuh peribadi untuk saya catatkan di dalam buku ini. Kalau sekalipun saya menulisnya, tidak ada siapa yang akan percaya.

Orang-orang yang mempunyai fikiran tidak dapat memahami perbuatan Pas semasa pilihan raya itu. Sesiapa yang kasih kapada negara tentu tidak dapat bersetuju dengan kelakuan mereka. Dalam pilihan raya itu satu perkara ganjil tetapi benar telah dilakukan oleh Pas.
Jika benar sebagaimana yang mereka katakan bahawa mereka anti-China, kenapa-kah pula mereka bersubahat dengan DAP, Gerakan dan PPP?

Tujuan Pas nyatalah untuk memecahkan undi Melayu supaya calon-calon Perikatan yang bertanding di beberapa kawasan tertentu tidak akan menang, dan pakatan mereka yang jahat ini telah berjaya. Mereka meletakkan calon-calon mereka di kawasan-kawasan di mana pengundi Melayu tidak pun mencukupi untok menjayakan seseorang calon Pas dan dalam sesetengah kawasan pula mereka mungkin hilang wang pertaruhan sekalipun mereka berjaya mendapatkan kesemua undi Melayu di kawasan itu. Dengan perbuatan mereka berpakat dengan partiparti pembangkang yang anti-Melayu, Pas telah membuktikan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mendapatkan keuntungan dalam politik.

Jika begitulah sikap mereka, lebeh baiklah mereka menolong MCA, iaitu sebuah parti yang sentiasa mempunyai pandangan Malaysia dan telah membuktikan taat setianya kapada negara ini. Tetapi sebalik, di mana-mana MCA bertanding melawan calon dari parti yang anti-Melayu, Pas juga akan masuk dalam kawasan itu untok menghalang orang Melayu daripada mengundi calon MCA, atau sekurang-kurangnya memecahkan undi se-hingga calon Perikatan itu kalah dalam pertandingan tiga penjuru, samalah seperti yang mereka lakukan di kawasan di mana calon UMNO bertanding.

Saya suka menunjokkan dua kejadian yang membuktikan mereka telah menolong partiparti anti-Melayu. Di kawasan Setapak, Selangor, seorang yang saya tidak suka hendak sebutkan namanya telah kelihatan memberi wang kapada seorang ahli Pas. Orang ini ialah ahli DAP. Dalam kawasan Sepang, juga dii Selangor, calon-calon DAP dan Pas telah melancarkan kerja mereka dari sebuah pejabat, dan pekerja-pekerja DAP yang terdiri daripada orang Cina telah menampalkan poster untok calon Pas. Bukti ini cukuplah untuk menafikan dakwaan Pas bahawa mereka sebuah parti Melayu yang berdasar Islam. Mereka sanggup menghina agama untuk kepentingan politik dan wang.

Mereka berjanji akan menubuhkan sebuah negara atau kerajaan Islam jika mereka memegang kuasa. Tetapi mereka tidak pula menerangkan rupa dan bentuk kerajaan yang mereka angan-angankan itu. Kita dapat meragui sama ada mereka akan memenuhi janji mereka jika mereka berkuasa kelak.

Pas sedar bahawa mereka tidak ada harapan untuk mengambil kuasa negara ini dan kemungkinan yang seperti ini belumlah lagi terbayang. Dengan kesedaran yang seperti ini, maka mereka boleh melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan membuat janji-janji palsu untuk menyedapkan telinga orang Melayu yang jahil tentang hal ehwal dunia. Tentulah banyak orang Melayu yang tertarik dengan janji hendak menubuhkan sebuah Kerajaan yang tidak berchampor dengan kaum-kaum lain.
Orang Melayu tentu-lah sangat tertarik dengan kemungkinan negara ini dikendalikan oleh orang Melayu sahaja kerana inilah negara tumpah darah mereka.

Dalam masa berkurun-kurun lamanya, dari satu keturunan ka satu keturunan, Malaysia telah diperintah oleh kuasa-kuasa asing _ Belanda, Siam, British dan Jepun. Oleh itu, kemungkinan negara ini di-perentah oleh orang Cina tentulah sangat dibenci oleh orang Melayu, kerana persetujuan telah dichapai semasa Merdeka dahulu bahawa Malaysia mestilah mempunyai keperibadian dan corak kebangsaan yang berteraskan Melayu. Beberapa perkara hak orang Melayu dijamin dalam Perlembagaan.
Menurut apa yang di-katakan oleh Pas, semua hak ini akan hilang kiranya Perikatan menang.

Sementara itu, lain-lain parti pembangkang bertalu-talu pula menggembur-gemburkan konsep Malaysian Malaysia, dan ini mengurangkan sokongan orang ramai kepada MIC dan MCA dan menambahkan lagi kecurigaan orang Melayu. Oleh itu, konsep Malaysia untok orang Melayu sahaja yang ditonjolkan oleh PAS lebih senang mendapat sokongan orang Melayu. Sebagaimana kebanyakan orang China menyokong konsep Malaysian Malaysia yang dianjorkan oleh Lee Kuan Yew, maka begitulah juga orang Melayu menyokong cita-cita ini. Dengan cara itu, kedua-dua pendapat cauvinis yang tersebut telah saling menolong.

Langkah Pas menolong atau menggunakan parti-parti pembangkang yang pro-Cina dan parti-parti lain yang diketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yang diketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yang melampau itu tentulah ada sebab yang tertentu. Tindakan mereka sangatlah berbahaya seperti bom atau torpedo yang telah di-tentukan masa meletup-nya.

Sebuah akhbar Hongkong bernama ”The Star” telah melaporkan pada 17 Jun bahawa Bank of China di Singapura telah tidak dapat mengimbangkan kira-kira kewangannya kerana beberapa jumlah wang yang besar telah dikeluarkan ”untok membiayai gerakan kekacauan di Singapura dan Malaysia”. Ada keterangan yang menunjukkan bahawa wang itu telah diberi kapada beberapa pihak yang tertentu di Kelantan untuk membiayai perbelanjaan kempen Pas. Terang dan jelaslah bahawa orang Melayu yang menyokong Pas tidak terdaya hendak mengeluarkan berjuta-juta ringgit untok pilihan raya itu. Wang itu tentulah datang dari satu punca tertentu, dan saya suka menegaskan bahawa punca itu bukan diketahui oleh Parti Pas sahaja.

Sekiranya Pas telah menerima bantuan wang daripada Komunis, maka berertilah pemimpin-pemimpin parti itu telah memperdaya dan mempermainkan orang-orang mereka sendiri. Kebanyakan daripada soaln agama yang dibangkitkan oleh Pas itu tidak selaras dengan fahaman Islam zaman tamadun dan bertentangan dengan keadaan yang terdapat di sekitar Malaysia pada hari ini. Pas telah mengambil kesempatan daripada kejahilan orang-orang miskin untok menjalankan taktik tipu helahnya, tetapi dosa mereka yang lebih besar lagi terhadap orang-orang mereka sendiri dan juga ke atas agama Islam, yang menjadi tunjang politik mereka, ialah perbuatan mereka membiarkan diri mereka digunakan oleh kuasa-kuasa lain untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.


(Petikan buku Sebelum dan Selepas 13 Mei karya Tunku terbitan 1969)